entri pertama tentang cinta.
(=
semakin hari kita makin dewasa. makin kenal erti hidup. dan seharusnya juga kita menjadi matang dalam menentukan masa depan,, gaya hidup,, dan membuat perubahan.
salah ke buat perubahan ke arah yang lebih baik? tentulah tak, kan? demi hidup kita,, masa depan kita dan pasangan. amboi anis. ada gaya pencinta sejati nampaknya neh.
(gelak sendiri)
ada kawan pernah tanya aku, "kau kisah tak balak kau tak hensem?". waktu zaman berkejaran dengan cinta monyet dulu jawapan aku ialah "kisah". tapi bila usia makin banyak,, aku makin faham apa sebenarnya yang aku harap dalam sesebuah hubungan.
serius. apa lagi yang nak kau harapkan dengan rupa paras andai waktu yang dihabiskan bersama jiwa kau tak pernah kacau? dia boleh jaga kau,, tolak ansur dengan kau,, layan marah suka kau,, dengar keluh kesah hati kau,, tenangkan kau,, cool bila kau marah2 separuh mati dan hormat kau macam mana kau hormat diri kau sendiri. bila kau perlukan dia,, dia selalu je ada. di sisi kau,, dia pendengar setia. dan kau pun boleh lakukan yang sama pada dia.
celah mana lagi kau nak dapat yang macam tu?
jelas,, rupa tak penting. ye,, tu bagi aku. setiap orang pendapat beda,, kan?
bila pendapat bercanggah,, kita boleh duduk sama2 berbincang. kau cakap dulu dan lepas tu aku pula. cari kesepakatan. luahkan apa yang tak puas hati. apa yang kau nak dan tak nak. apa yang kau gemar dan tak. apa yang kau harapkan dan tak.
kemudian aku pula. proses sama berulang. bukankah lebih baik dari memendam,, luka dan rawat sendiri? sekurang2nya kau tahu kau masih ada aku,, dan aku masih ada kau. kemudian kesepakatan tercapai,, kau dan aku tersenyum kembali,, bersama.
bagi aku itu sudah lebih dari cukup. dan aku tahu kau pun sama,, kan?
(=
dunia ni cukup indah untuk kita bazirkan dengan berbalah,, merajuk dan terluka. bukankah mendengar,, meluahkan,, memberi pendapat dan menerima pandangan itu terapi hubungan yang terbaik.
jadi?
pilihlah yang paling indah. jangan sia2kan waktu. pergi mati dengan semua kata nista manusia.
betul,, kadang2 kita harus mengambil kira pendapat sekeliling. tapi jangan buat tindakan melulu. ambil dan pertimbangkan. kemudian berbincang. nampak? proses sama berulang lagi.
mudah kan? cuma kena ikhlas dalam apa pun kita buat dan pada harapan sesuatu hubungan. juga pada diri sendiri dan pasangan. baru madunya terasa lekat di dada.
aku seorang emo. terburu2. ada yang ingatkan,, yang marah,, yang nasihatkan,, buat aku sedar. bukankah patut aku bersyukur untuk itu? dalam diam pun aku boleh tersenyum. sebab tuhan temukan aku dengan dia. mungkin dia tak macho macam shah rukh khan atau brad pit,, tapi dia juga punya hati macam manusia lain.
sebenarnya manusia semua sama. terpulang pada diri yang mana mahu kau pilih. kalau kau dapat yang ada rupa dan juga yang pandai melayan sekaligus,, itu kira tuah pada bahagian kau. kalau kau dapat yang hensem gila tapi perangai macam manusia pecah rumah,, itu juga bahagian kau.
tapi kalau kau bahagia dengan yang begitu,, apa kau kisah? pergi mati la dengan semua kata sekeliling. betul tak?
(:
keserasian tu penting. bukan senang nak cipta keserasian. bukan boleh senang2 nak wujudkan rasa sebegitu. berlatihlah empat ratus jam pun kalau dah tak serasi tu memang tak jadi apa dah. kau mesej la tiga puluh lapan kali pun,, kalau dia dah tak suka memang dia takkan balas.
cakap la kau hensem macam mana pun,, goda la dengan bunga coklat segala,, kalau aku dah cakap tak nak,, tak payahlah. maknanya memang aku tak nak la tu. eh,, aku cakap pasal aku ke ni? haha. tersasul pulak.
yang kau nampak tak cantik tu aku suka. tak payah berebut dengan siapa2. aku tak kisah. kau pulak macam mana? tapi ingat. jangan sia2kan apa yang kau ada sekarang. mungkin dia bukan terbaik tapi kalau dia cuba buat yang terbaik,, takde salahnya kan kau bagi dia peluang?
*
konklusi tips cintan cintun:
>> tolak ansur dalam hubungan
>> jadilah pendengar yang setia
>> cuba meminimakan keadaan tegang sekiranya berlaku
>> sentiasa ada untuk pasangan
>> jujur
>> bawa berbincang pada sesuatu yang tak puas hati
>> ikhlas dalam hubungan
>> faham situasi yang dihadapi pasangan
>> jangan bertindak melulu. tanya dulu sebelum apa2
notapipi:
1> sebarang pertambahan tips cintan cintun amatlah dialu2kan. aku hanyalah budak baru belajar. cuma membuat sedikit rumusan berdasarkan pengalaman yang belum pun cukup segenggam.
2> tajuk entri takde kaitan. harap maaf. hehe.

^LiLohOnEy^