Saturday, December 31, 2011

2012

Lebih kurang 30minit lagi menghampiri 2012, pada saat entri ini ditulis. Ya, ini adalah entri tahun baru.

rumah sunyi sepi, semua cousins dan pakcik makcik pergi melihat bunga api. Aku? Setia di rumah. Tak kuasa menghadap lautan manusia yang mahu menyambut tahun baru.

Ada maksud ke tahun baru tanpa perubahan? Mungkin, tiada (baca: bagi aku). Memang aku tak pernah menyambut tahun baru. Aku yang sengaja tidak mahu, tambahan aku memang tidak diajar begitu.

Kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri. Orang ajak berjalan pun refuse :)

Bunga api sudah mula kedengaran. Sebelum bunga api besar meletup, baik aku taip azam tahun baru aku yang relevan dan wajib menjadi matlamat jangka masa pendek:

1. Menjadi pekerja yang berdedikasi dan memberi sepenuh komitmen pada kerjaya;

2. Beli sebuah kereta Myvi putih;

3. Membeli sebuah buku setiap bulan;

4. Regular exercise setiap minggu;

5. Membaca bahan berbahasa Inggeris setiap hari;

6. Berusaha menjadi muslimah yang lebih baik.

Aku mesti pastikan semua matlamat aku tercapai. Aku tak mahu sia-siakan 2012 yang bakal datang. Sudahlah dengan yang lepas, aku mahu pandang hadapan dan teruskan cita-cita dan impian aku.

Kau, bagaimana? Tepuk dada, tanyalah iman.

Happy New Year 2012, peoples :)

2 coretan mengarut korang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...